Apa Itu Silat ?

ASAL USUL SILAT

Tanpa nama,bentuk dan rupa,
Tiada umpama dan tiada batasnya,
Gerak mu gerak ku jua!

Perkataan Silat bermaksud seni bela diri yang membawa maksud ilmu pergerakan mempertahankan diri yang melibatkan permainan senjata atau tangan kosong. Silat memiliki maksud yang sama dengan Wushu yang bermaksud ilmu berlawan. 

Perkataan silat sinonim dengan seni bela diri dari Nusantara yang meliputi: 


  • Malaysia 
  • Indonesia
  • Thailand
  • Borneo
  • Keseluruhan negara-negara Asia Tenggara


Menurut Kamus Dewan,tipu muslihat disebut sebagai elak,mengikut loghat utara Tanah Melayu disebut elat. Terdapat teori mengatakan Silat berasal dari si-lat (orang yang pandai muslihat)

Asal usul Silat sukar dijejaki dan dipercayai berusia ribuan tahun.Ia digunakan sebagai sistem pertahanan bagi kerajaan: 

  • Langkasuka
  • Champa
  • Srivijaya
  • Beruas
  • Melaka
  • Makasar
  • Aceh
  • Majapahit
  • Gangga
  • Pattani 
  • Kerajaan-kerajaan lain di Asia Tenggara
Silat tidak boleh dituntut sebagai hak milik warisan sesebuah negara kerana sejarahnya meliputi keseluruhan Nusantara.Menurut bukti tinggalan sejarah yang terdapat di Chandi Borobudur dan Candi Prambanan di Jawa.

Kesimpulannya, bahawa sudah wujud seni mempertahankan diri di kawasan kepulauan Melayu pada abad ke-8 Masihi.





Comments